BERITA UTAMA

RMS berkenan serah sumbangan Aidilfitri

26 Mei 2019, 6:39 AM
RMS berkenan serah sumbangan Aidilfitri
RMS berkenan serah sumbangan Aidilfitri

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

BANTING, 26 MEI: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM54,900 kepada 549 anak yatim di daerah Kuala Langat.

Keberangkatan tiba baginda di Masjid Al-Firdaus, Sungai Rambai disambut Orang Besar Daerah Kuala Langat, Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Tengku Dato' Mohamed Al Haj Tengku Harun; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Nur Mohd Razali Abdullah dan Timbalan Mufti Selangor, Dato' Dr Haji Anhar Opir.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kuala Langat, Mohd Jusni Hashim; Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat, Mohamad Zain A Hamid; Pemangku Setiausaha Majlis Agama Islam (MAIS), Nurhani Salwa Jamaluddin dan Pegawai Tadbir Agama Islam Selangor, Abdul Rahim Salleh.

Baginda yang tiba pada 12 tengah hari berkenan menyampaikan sumbangan duit raya bernilai RM100 setiap seorang, yang diperuntukkan MAIS melalui YIDE bagi membantu anak yatim membuat persiapan Aidilfitri yang bakal tiba.

Pada majlis sama, baginda turut meluangkan masa mendengar tazkirah Ramadan dari penceramah bebas, Don Daniyal Don Biyajid.

Tengku Amir Shah juga berkesempatan menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid dan Zohor secara berjemaah bersama anak yatim berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.