NASIONAL

PDRM nafi gugur kalimah Allah pada logonya

24 Mei 2019, 7:59 AM
PDRM nafi gugur kalimah Allah pada logonya

 

 

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

KUALA LUMPUR, 24 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan bahawa logo pasukan keselamatan itu diubah dengan menggugurkan kalimah Allah SWT dan Muhammad SAW.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad menjelaskan, pihaknya menetapkan dua garis panduan penggunaan logo pasukan yang berkuatkuasa pada tahun 2014 di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Logo PDRM dengan kalimah Allah dan Muhammad hanya boleh digunakan pada bendera, papan tanda atau bahan yang diletakkan di tempat tinggi.

"Logo yang tidak tertera kalimah Allah dan Muhammad pula, diguna pakai dalam urusan percetakan seperti buku aturcara, notis dan kenyataan.

"Ia supaya tidak mencemarkan kesucian kalimah terbabit jika risalah berkenaan dijadikan pelapik duduk atau dipijak," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, beliau berharap semua pihak tidak bertanggungjawab supaya menghentikan dakwaan liar yang boleh membangkitkan kegusaran dan menjejaskan kewibawaan PDRM di mata masyarakat.

Terdahulu, tular di media sosial bahawa PDRM sudah mengugurkan kalimah Allah dan Muhammad di logonya di bawah kepimpinan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.