NASIONAL

Jabatan Penerangan nafi iklan jawatan kosong hanya untuk Bumiputera

21 Mei 2019, 9:13 AM
Jabatan Penerangan nafi iklan jawatan kosong hanya untuk Bumiputera

PUTRAJAYA, 21 MEI: Jabatan Penerangan Malaysia menafi mengiklankan jawatan Pembantu Penerangan Gred S19 hanya untuk Bumiputera seperti yang disiarkan di laman sesawang persendirian Kerjaya.Co.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya juga tidak pernah mengeluarkan sebarang iklan jawatan kosong bagi kemasukan ke jabatan itu.

"Untuk makluman, sebarang urusan pengambilan bagi peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam adalah di bawah bidang kuasa SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui http://www.spa.gov.my," katanya.

Jabatan Penerangan berkata orang ramai boleh mengakses iklan sebenar di laman sesawang SPA melalui pautan http://www.spa.gov.my/web/guest/iklanpeluang-kerjaya-dalam-perkhidmatan-aw-12.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.