NASIONAL

PM pesan tiga nilai jadi bangsa berjaya

16 Mei 2019, 5:06 AM
PM pesan tiga nilai jadi bangsa berjaya

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 16 MEI: Perdana Menteri menggesa supaya rakyat di negara ini memegang tiga nilai utama untuk kekal maju serta berjaya dalam bidang diceburi.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, nilai berkenaan ialah sifat rajin, amanah dan berdisiplin.

"Jika ada tiga nilai ini, kita pasti akan menjadi bangsa berjaya.

"Justeru itu, saya meminta guru untuk menerapkan nilai berkenaan dalam kalangan murid kerana jika ia bermula pada peringkat awal berkemungkinan akan menjadi satu budaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke 48 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, hari ini.

Tun Mahathir berkata, oleh kerana itulah beliau masih menekankan Dasar Pandang ke Timur kerana kejayaan diperoleh negara berkenaan adalah atas sifat disiplin, rajin serta amanah.

"Pencapaian mereka disegani dunia bukan hanya kerana kemajuan mereka dalam pelbagai bidang, tetapi turut disemai dengan semangat patriotisme," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.