BERITA UTAMA

Pendakwah terkenal Abu Hassan Din meninggal dunia

1 Mei 2019, 1:57 AM
Pendakwah terkenal Abu Hassan Din meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 1 MEI: Tokoh agamawan negara dan pendakwah terkenal Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham berusia 73 tahun.

Mengikut anak Allahyarham, Mohamad Yusri, bapanya rebah dan tidak sedarkan diri ketika bangun hendak menunaikan solat Subuh.

Beliau berkata Alllahyarham kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi tadi.

Katanya, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda di sini dan dijangka dikebumikan di perkuburan berdekatan sebelum Zohor.

MENYUSUL...

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.