NASIONAL

Mazlan Bujang dilantik Pengerusi BERSATU Johor

1 Mei 2019, 12:27 AM
Mazlan Bujang dilantik Pengerusi BERSATU Johor
Mazlan Bujang dilantik Pengerusi BERSATU Johor

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 MEI: Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor, Mazlan Bujang, dilantik sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor yang baharu.

Setiausaha Agung, Dato’ Marzuki Yahya dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor itu berkuatkuasa 25 Mei ini.

Katanya, pelantikan Mazlan yang juga Ketua bahagian Tebrau itu bagi menggantikan bekas Menteri Besar, Dato’ Osman Sapian.

“Adalah diharapkan dengan perlantikan ini, Mazlan dapat menyumbangkan idea dan tenaga serta menjalankan tugas yang diamanahkan ini dengan penuh komitmen dan jujur demi kepentingan parti.

“Beliau akan mengambil alih tugas ini dari Osman,” katanya.

Pada masa sama, Marzuki berkata, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menjadi Pengerusi Badan Pimpinan Johor sebaliknya, beliau merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor.

Selain itu, katanya, pimpinan BERSATU turut mengucapkan terima kasih kepada Osman atas sumbangan beliau ketika memegang jawatan itu.

Foto Sumber: Facebook Mazlan Bujang

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.