BERITA UTAMA

'Greater Klang', pelengkap bandar metropolitan Selangor

25 Apr 2019, 11:13 PM
'Greater Klang', pelengkap bandar metropolitan Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 APRIL: Daerah Klang berpotensi dinaik taraf kepada bandar raya kerana memiliki pelbagai keistimewaan dan antara yang pesat membangun.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, penarafan sebagai bandar raya bakal menjadikan daerah itu sebagai 'greater Klang', sekali gus mewujudkan gabungan bandar metropolitan baru, di Selangor merangkumi empat kawasan lain.

"Jika kita unjur dari Petaling Jaya hingga Klang, ini adalah bandar yang paling pesat membangun dan hampir berhubungan antara satu sama lain.

"Sekarang kita ada bandar raya Shah Alam, tahun ini atau dua tahun lagi kita cuba naik taraf Subang Jaya dan saya harap Klang juga bergerak ke arah bandar raya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pembentangan cadangan Projek Peremajaan Bandar Klang 2019 di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, di sini semalam.

Bagaimanapun, Amirudin berkata, antara cabaran membangunkan Klang adalah 'meremajakan' daerah itu ekoran pembangunan dijalankan sebelum ini tidak seimbang.

Pembangunan meremajakan Klang membabitkan agensi dan syarikat milik Kerajaan Negeri termasuk Majlis Perbandaran Klang, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), pejabat daerah dan tanah, organisasi bukan kerajaan dan pihak swasta.

MBI terbabit dalam kerja pembersihan Sungai Klang bagi menjadikan sungai itu sebagai pusat ekonomi baharu, di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.