SELANGOR

Kursus kecemerlangan HIJRAH suntik motivasi anak usahawan

21 Apr 2019, 1:55 AM
Kursus kecemerlangan HIJRAH suntik motivasi anak usahawan

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 21 APRIL: Program Kursus Kecemerlangan Akademik Anak-Anak Hijrah Selangor (HIJRAH) menjadi landasan terbaik bagi menyuntik motivasi kepada anak usahawan, di negeri itu.

EXCO Pembangunan Usahawan, Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, program yang memasuki edisi keempat itu bertujuan melahirkan anak usahawan HIJRAH cemerlang daripada sudut akademik.

Katanya, ia juga memberi kesedaran kepada anak-anak bahawa ibu bapa tidak mengabaikan mereka walaupun sibuk bekerja.

"Anak-anak perlu yakin pada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka berjaya demi masa depan yang cemerlang," katanya ketika menghadiri majlis penutup program itu di Dewan Auditorium, Perpustakaan Raja Tun Uda, di sini semalam.

Dato' Menteri Besar, Amiruddin Shari sebelum ini berkata, beliau tidak mahu Kerajaan Negeri sekadar memberi pinjaman kepada usahawan, sebaliknya mahu anak-anak mereka mendapat manfaat sama untuk melahirkan generasi proaktif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.