SELANGOR

FAS sedia zon Mesra Keluarga di stadium

20 Apr 2019, 6:53 AM
FAS sedia zon Mesra Keluarga di stadium

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 20 APRIL: Selepas menerima maklum balas daripada penyokong, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bersetuju menyediakan zon Mesra Keluarga bagi mereka yang hadir bersama keluarga, terutama kanak-kanak untuk menonton perlawanan di Stadium Shah Alam.

“Zon Mesra Keluarga ini akan dimulakan di zon M dan N (Kuadran B ).

"Harap semua penyokong memberi kerjasama untuk menjayakannya,” kata persatuan itu dalam kenyataan ringkas di Facebook.

Pada masa sama, katanya, seperti semua stadium, penguatkuasaan larangan merokok dan vaping masih berkuat kuasa seperti biasa.

Namun, bezanya adalah pihak pengurusan bakal meletakkan marsyal khas untuk memantau pesalah yang merokok dalam kawasan ini, katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.