BERITA UTAMA

Pinda perlembagaan turun had umur mengundi 18 tahun

1 Apr 2019, 5:42 AM
Pinda perlembagaan turun had umur mengundi 18 tahun

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 APR: Kerajaan bercadang meminda Perlembagaan Persekutuan tahun ini bagi menurunkan had umur pemilih daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Menteri Belia dan Sukan hari ini memaklumkan Kabinet bersetuju untuk memperkenalkan perubahan tersebut dalam mesyuaratnya, lapor Bernama.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau akan membentangkan rang undang-undang untuk pindaan itu dalam sesi Dewan Rakyat pada pertengahan tahun ini.

"Jemaah menteri sudah bersetuju agar usul ini dibawa ke sesi Parlimen akan datang, pada Jun atau Julai ini, Kementerian Belia dan Sukan akan membentangkan usul ini bagi pihak kerajaan," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, hari ini.

September lalu, Kabinet bersetuju untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun untuk pilihan raya umum ke-15 tetapi belum menjelaskan tarikh pindaan perlembagaan.

 

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.