NASIONAL

Agong berikrar teruskan pemerintahan adil dan saksama

11 Mac 2019, 4:14 AM
Agong berikrar teruskan pemerintahan adil dan saksama

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 11 MAC: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berikrar akan meneruskan kesinambungan pemerintahan adil dan saksama berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan.

Baginda turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V sepanjang pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong, sebelum ini.

"Beta bersyukur kerana dengan kehendak dan izin Allah, beta dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

"Beta berikrar akan meneruskan kesinambungan pemerintahan yang adil dan saksama berlandaskan prinsip Raja Berpelembagaan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kedua Parlimen Ke-14, di Parlimen di sini, hari ini.

Pada masa sama, Seri Paduka optimis Ahli Berhormat dan rakyat jelata bersama baginda untuk memelihara kesejahteraan dan kemakmuran negara.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.