NASIONAL

Austria ambil tindakan individu hina dan fitnah Nabi Muhammad

21 Feb 2019, 3:27 AM
Austria ambil tindakan individu hina dan fitnah Nabi Muhammad

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 FEB: Kerajaan Malaysia boleh menjadikan Austria sebagai contoh untuk mengenakan hukuman penjara dan denda terhadap pesalah yang menghina Nabi Muhammad SAW termasuk di laman sosial.

Pada November tahun lalu, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) meluluskan keputusan bahawa menghina Nabi Muhammad adalah hukuman yang dihukum dan tidak akan dikira di bawah 'kebebasan bersuara'.

Langkah itu diambil bagi memelihara kedamaian keagamaan di Austria susulan tindakan seorang wanita, Mrs. S yang didakwa menghina Nabi Muhammad pada 2009 dalam dua seminar yang berbeza.

Hujah panel tujuh hakim ketika berkata, merendahkan atau memfitnah Nabi Muhammad disifatkan melapaui batasan perdebatan objektif dan boleh menimbulkan prejudis dalam kalangan masyarakat serta membahayakan keamanan keagamaan.

Perkara itu sekaligus melanggar Perkara-10 yang membenarkan kebebasan bersuara yang mengakibatkan 'Mrs. S' didenda 480 Euro.

Sumber: http://www.bhatkallys.com/world/justice-insulting-prophet-mohammed-in-europe-can-land-you-in-jail-court-declares/

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.