SELANGOR

Tak layan propaganda Umno, fokus menang PRK Semenyih

18 Feb 2019, 3:19 PM
Tak layan propaganda Umno, fokus menang PRK Semenyih

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 18 FEB: Pimpinan Pakatan Harapan (PAKATAN) tidak akan melayan sebarang propaganda Umno-Barisan Nasional (BN), sebaliknya hanya fokus untuk mengekalkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pihaknya optimis PAKATAN mampu mengekalkan kerusi di DUN Semenyih walaupun mengakui ia kubu kuat Umno-BN.

"Semalam memang kubu kuat Umno-BN dalam beberapa pilihan raya sebelum ini dan kita kalah di kawasan itu, namun saya menafikan laporan akhbar mengatakan hanya kira-kira 100 orang datang ke majlis itu berbanding lebih 1,000 yang hadir, pada ceramah Umno-BN.

"Saya kira kehadiran di majlis PAKATAN semalam kira-kira 500 ke 600 orang dan bukti wujud saingan walaupun hanya saya dan Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham turun padang di situ," katanya kepada media.

Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PAKATAN, BN, Parti Sosialis Malaysia dan Bebas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.