NASIONAL

Kaji cadangan tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Kehakiman

15 Feb 2019, 8:46 AM
Kaji cadangan tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Kehakiman

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Kerajaan akan mengkaji sebarang cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap dakwaan terbaru berkenaan salah laku hakim kanan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia maklum berkenaan dakwaan hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dalam afidavitnya yang membuat pendedahan mengejutkan.

"Ya, saya tahu beliau membangkitkan sesuatu tetapi saya tidak boleh beri komen berkenaan perkara ini, kerana seperti yang kamu tahu, kita tidak harus memburukkan badan kehakiman secara terbuka, tetapi sudah tentu kita mempunyai pandangan peribadi.

"Kerajaan akan mengkaji apa-apa cadangan dan, jika perlu kita akan menubuhkannya (suruhanjaya siasatan diraja)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia, di sini.

Hakim Hamid, dalam afidavitnya setebal 63 muka surat semalam sebagai sokongan kepada permohonan oleh Sangeet Kaur Deo, mendedahkan butiran mengejutkan berkenaan beberapa kejadian campur tangan hakim dalam badan kehakiman di Malaysia, termasuk campur tangan dalam keputusan rayuan kes hasutan Karpal Singh di Mahkamah Rayuan.

*Sumber: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.