SELANGOR

Aktivis masyarakat terharu MB rai perayaan bersama

5 Feb 2019, 5:00 AM
Aktivis masyarakat terharu MB rai perayaan bersama
Aktivis masyarakat terharu MB rai perayaan bersama
Aktivis masyarakat terharu MB rai perayaan bersama

OLEH NADIAH ZAMLUS

BATU CAVES, 5 FEB: Dua aktivis masyarakat di sini terharu apabila Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari turut sama meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina.

Aktivis masyarakat, Yong Ah Loy, 59 berkata, beliau tidak sangka apabila rumahnya menjadi pilihan pemimpin nombor satu negeri ini.

"Beliau memang setiap tahun datang ke rumah saya untuk menyambut Tahun Baharu Cina, tetapi tidak sangka walaupun sudah bergelar Menteri Besar, dia tetap datang seperti seorang kawan.

"Saya terharu, semoga kita semua di Selangor hidup dalam keadaan aman dan harmoni," katanya ketika ditemui SelangorKini.

Sementara itu bagi Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Taman Samudera Utama, Dave Lee Kean Aun, beliau terkejut apabila diberitahu Menteri Besar akan mengunjungi rumahnya ketika Tahun Baharu Cina.

"Ini adalah pertama kali beliau datang ke rumah saya, kami sekeluarga amat berbesar hati dan berasa seronok sekali.

"Sempena Tahun Baharu Cina ini, saya berharap supaya negeri kita akan lebih maju dan ekonomi akan bertambah baik di bawah kepimpinan Amirudin," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.