SELANGOR

Mohamad Sabu serah sumbangan Tahun Baharu Cina

31 Jan 2019, 2:50 AM
Mohamad Sabu serah sumbangan Tahun Baharu Cina

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 31 JAN: Hampir 100 golongan kurang berkemampuan di Kota Raja menerima kupon membeli-belah bernilai RM100 di pasar raya Econsave Kampung Jawa, sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang.

Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu berkata, kupon sumbangan pasar raya terbabit wajar dipuji dan dicontohi syarikat swasta lain.

"Saya harap lebih banyak syarikat swasta mengambil bahagian untuk membantu golongan tidak bernasib baik seperti dilakukan Econsave," katanya pada program terbabit, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, masyarakat di negara ini perlu mempertahankan keharmonian antara kaum yang terjalin sejak sekian lama.

Program itu turut dihadiri EXCO Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, Ganabatirau Veraman; Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Zawawi Ahmad Mughni dan ADN Sentosa, Gunarajah George.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.