ad
NASIONAL

Operasi perbankan BSN pulih

22 Jan 2019, 3:54 AM
Operasi perbankan BSN pulih

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Perkhidmatan perbankan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang meliputi cawangan, ATM dan perbankan Internet pulih kini beroperasi seperti biasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yunos Abd Ghani berkata, pihaknya memohon maaf kepada pelanggan atas kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran serta kerjasama sepanjang tempoh sukar itu.

“Malah pelanggan boleh melakukan transaksi masing-masing di ATM dan Mesin Deposit Tunai sejak 9.00 malam, 21 Jan, 2019,” kata menerusi kenyataan hari ini.

Yunos berkata, BSN terus komited memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan akan terus menambah baik perkhidmatannya.

Sistem perbankan teras BSN mengalami gangguan sejak 6.10 pagi pada 19 Januari lalu sekali gus menjejaskan operasi perbankan di semua cawangan dan perbankan automatik kecuali kemudahan Kad Kredit BSN.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.