BERITA UTAMA

MB rai ulang tahun ke-17 Masjid Al-Iman

18 Jan 2019, 7:27 AM
MB rai ulang tahun ke-17 Masjid Al-Iman
MB rai ulang tahun ke-17 Masjid Al-Iman

OLEH AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 18 JAN: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman, Kemensah Heights sempena sambutan ulang tahun ke-17 masjid itu, hari ini.

Beliau yang tiba sekitar jam 12.30 tengahari disambut Orang Besar Daerah Gombak, Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh; Nazir Masjid, Dato’ Ramly Musa dan Ahli Jawatankuasa Kariah.

Mantan Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar sebelum itu menyampaikan tazkirah dan khutbah bertajuk ‘Membudayakan Hidup Dengan Al-Quran’.

Sejurus selesai, Amirudin bersama AJK Masjid Al-Iman menghadiri jamuan makan tengah hari, di kediaman Wan Mahmood.

Masjid Al-Iman yang mampu memuatkan 700 jemaah dibina pada 1999 dan mula digunakan kariah setempat, pada 18 Januari 2002.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.