AGAMA

Mualaf dihalau dapat perhatian LZS

17 Jan 2019, 2:37 AM
Mualaf dihalau dapat perhatian LZS

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KAJANG, 17 JAN: Kisah sebuah keluarga mualaf yang tular di media sosial, baru-baru ini ekoran tiada tempat berteduh mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Jurucakap LZS dalam kenyataan berkata, pihaknya bersama Amil Kariah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menemui keluarga terbabit di sebuah rumah keluarga India, di Bandar Rinching, di sini, setelah seharian usaha pencarian dijalankan.

"Sejak kisah mereka ditularkan di media sosial, usaha mencari giat dilakukan, namun keluarga ini gagal dikesan.

"Atas rasa tanggungjawab dalam memastikan mereka sekeluarga terbela, usaha mencari tetap diteruskan," katanya.

Difahamkan, keluarga berkenaan dihalau keluar pemilik rumah yang didiami sebelum ini sehingga terpaksa berteduh di salah sebuah pusat hentian, di sekitar kawasan ini.

LZS berkata, keluarga terbabit dipindahkan ke rumah transit milik LZS yang lebih selesa bagi memastikan akidah mereka terus terbela dan terjaga.

"Semoga dengan usaha dan bantuan ini dapat memastikan keselamatan keluarga ini terus terjamin dalam usahanya mendalami agama Islam yang indah," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.