NASIONAL

2 kanak-kanak maut ditetak di Yan

9 Jan 2019, 1:35 AM
2 kanak-kanak maut ditetak di Yan

YAN, 9 JAN: Dua kanak-kanak maut manakala seorang lelaki cedera parah ditetak seorang lelaki, di sebuah rumah di Kampung Kuala Sungai Yan, di sini, lewat tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Shahnaz Akhtar dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu, pada jam 11.55 malam tadi.

Beliau berkata, maklumat awal mendapati lelaki cedera parah itu berumur 52 tahun manakala kanak-kanak perempuan dan lelaki yang meninggal dunia masing-masing berusia empat tahun serta setahun dua bulan.

"Polis berjaya menahan suspek berumur 49 tahun di sekitar kampung berkenaan pada jam 1.30 pagi, kerana mereka sekampung.

"Berdasarkan pemeriksaan rekod lampau, suspek ini ada rekod kesalahan berkaitan dadah," katanya.

Katanya, kes setakat ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, di Alor Setar untuk bedah siasat.

*Sumber: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.