NASIONAL

Yamani Hafez Ahli Parlimen terakhir angkat sumpah

7 Jan 2019, 3:10 AM
Yamani Hafez Ahli Parlimen terakhir angkat sumpah

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Yamani Hafez Musa, 39, menjadi Ahli Parlimen terakhir mengangkat sumpah bagi penggal Parlimen Keempat Belas selepas berbuat demikian di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato' Mohamad Ariff Md Yusoff hari ini.

Majlis angkat sumpah itu dilakukan di Kamar Khas Dewan Rakyat yang menyaksikan beliau kini secara rasmi menjadi Ahli Parlimen Sipitang.

Anak bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman itu menang atas tiket Barisan Nasional di kerusi Parlimen Sipitang, pada Pilihan Raya Umum ke-14, pada Mei tahun lalu, namun kini menjadi wakil rakyat Bebas selepas meninggalkan UMNO Sabah, bulan lalu.

Berdasarkan Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan mulai dari tarikh Dewan Rakyat mula bersidang, akan hilang kelayakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.