SELANGOR

Bayar cukai taksiran sebelum 28 Februari elak denda - MPS

4 Jan 2019, 4:22 AM
Bayar cukai taksiran sebelum 28 Februari elak denda - MPS

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SELAYANG, 4 JAN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengingatkan orang ramai supaya menjelaskan bayaran cukai taksiran bagi penggal 1/2019, sebelum 28 Februari ini.

MPS menerusi kenyataan berkata, bayaran diterima selepas tarikh ditetapkan itu akan dikenakan caj lewat sebanyak RM20.

"Waran tahanan sebanyak RM100 pula akan dikeluarkan kepada mereka yang gagal membayar cukai terbabit pada 1 April.

"Bagi memudahkan orang ramai, MPS akan membuka kaunter bergerak pada setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum sehingga 28 Februari mengikut jadual ditetapkan," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Hasil di talian 03-61265961/03-61265963/03-61265964 atau layari laman sesawang MPS: www.mps.gov.my untuk maklumat lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.