NASIONAL

SPRM siasat Zahid Hamidi esok

18 Okt 2018, 8:59 AM
SPRM siasat Zahid Hamidi esok

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 OKT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebuah yayasan.

Suruhanjaya itu dalam kenyataan berkata, penahanan terbabit dibuat pada jam 3.15 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

"Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001," katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada jam 8 pagi esok untuk pertuduhan berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.