ad
NASIONAL

Guna perkataan lucah, Bung Mokhtar minta maaf

18 Okt 2018, 5:12 AM
Guna perkataan lucah, Bung Mokhtar minta maaf

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin memohon maaf kepada ahli Dewan Rakyat ekoran menggunakan perkataan lucah ketika membahaskan Rang Undang-undang Cukai Jualan, pada 7 Ogos lalu.

"Sesungguhnya saya memohon maaf kepada dewan khasnya ahli Dewan Rakyat wanita," katanya ketika diberikan laluan oleh Speaker untuk membacakan ucapan permohonan maafnya.

Susulan permohonan maaf itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menarik usul mencela Bung Mokhtar yang dijadual akan dibentangkan, hari ini.

"Saya dengan ini menerima permohonan maaf Kinabatangan dan berharap tidak berlaku lagi pada masa akan datang," katanya.

Zuraida berkata, beliau percaya Bung Mokhtar sama seperti ahli Dewan Rakyat lain mahu Parlimen Malaysia mempunyai taraf setanding negara maju.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.