ad
NASIONAL

Dr Maszlee: Selamat berjaya calon UPSR

23 Sep 2018, 5:47 AM
Dr Maszlee: Selamat berjaya calon UPSR

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 23 SEPT: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon yang bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Dr Maszlee tulisnya di Twitter, beliau mendoakan supaya segala ilmu yang dipelajari dapat dizahirkan dengan lancar semasa menjawab soalan peperiksaan.

“Mohon doa daripada ibu bapa dan penjaga untuk dijadikan pelengkap di waktu peperiksaan, selain rehat serta tidur yang cukup agar minda terus cerdas.

“Jadikan kebahagiaan sebagai matlamat utama anda. Jadikan kasih sayang guru-guru sebagai pendorong anda. Hormati mereka kerana bakti yang dicurahkan mereka adalah untuk melihat anda terus berjaya dalam hidup. Semoga berjaya semua!”," tulisnya di Twitter.

Terdahulu, UPSR yang bermula sejak 20 September hingga Khamis ini membabitkan seramai 440,743 calon, dengan 430,031 daripadanya merupakan calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 10,712 pula calon sekolah swasta.

Sejumlah 8,100 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara membabitkan 54,253 petugas peperiksaan tahun ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.