ad
SELANGOR

MB: Selangor era BN gagal peduli kebajikan rakyat

7 Sep 2018, 4:56 PM
MB: Selangor era BN gagal peduli kebajikan rakyat
MB: Selangor era BN gagal peduli kebajikan rakyat

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 8 SEPT: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempedulikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat ketika mentadbir Selangor walaupun ekonomi negeri berkembang.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia terbukti apabila BN ketika itu gagal menzahirkan program pro rakyat dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi seperti dilaksanakan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan (PAKATAN) hari ini.

"BN dakwa Selangor ini tak payah buat apa-apa pun dah maju sebab dulu mereka dah asaskan pembangunan.

"Betul, kita tak tolak ada asasnya dan ada sumbangan tetapi rakyat Selangor ketika itu tidak dapat menikmati dan merasai kekayaan dan pembangunan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada program ceramah 'Grand Finale' PRK Seri Setia PAKATAN di tapak ceramah di sini.

Amirudin berkata, ini kerana di era pentadbiran BN tidak ada sebarang program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) seperti Skim Peduli Sihat, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Hadiah Anak Masuk Universiti.

Katanya, Kerajaan Negeri terus konsisten melaksanakan program ini bagi memastikan kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.