ad
NASIONAL

Anwar akan bertemu Muhyiddin bincang isu SOSMA

26 Ogos 2018, 12:11 PM
Anwar akan bertemu Muhyiddin bincang isu SOSMA

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan negara memerlukan satu undang-undang khas bagi mengekang aktiviti keganasan tetapi perlu menekankan aspek layanan terhadap tahanan.

Menurutnya, beliau akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam masa terdekat.

“Saya tidak fikir seseorang harus ditahan dibawah SOSMA hanya kerana memaki baju ISIS. Kita harus tegas terhadap pengganas tetapi saya merujuk kepada isu bagaimanana mereka dilayan di penjara; tidak diberikan akses bertemu keluarga dan peguam.

“Tindakan segera perlu dilakukan. Saya akan membawa isu ini dalam pertemuan dengan Muhyiddin dan kementerian pada masa akan datang,” katanya kepada media selepas Majlis Peluncuran buku ‘Anwar Returns - The Final Twist, The Prosecution and Release of Anwar Ibrahim’ bertempat di Grand Ballroom Hotel Hilton.

Menurutnya, terdapat pelbagai fleksibiliti undang-undang yang membolehkan pihak berkuasa membuat keputusan tanpa berbincang.

“Contohnya jika anda dibebaskan, menunggu rayuan, anda masih dalam penjara. Ini saya fikir bukan rangka kerja undang-undang yang sah untuk negara demokratik bebas,” katanya.

Semalam, hampir 160 tahanan SOSMA mengadakan mogok lapar sejak jam 8 pagi di Penjara Sungai Buloh bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta berkenaan.

Situasi itu menyaksikan hampir 200 ahli keluarga tahanan SOSMA berkumpul di hadapan penjara berkenaan sejak jam 10 pagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.