EKONOMI

Industri Pertokimia: Siap sedia hadapi perang dagangan

22 Ogos 2018, 8:21 AM
Industri Pertokimia: Siap sedia hadapi perang dagangan
Industri Pertokimia: Siap sedia hadapi perang dagangan

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang dilihat berterusan akan memberi kesan kepada Industri petrokimia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, dalam berdepan pasaran yang tidak menentu, peserta industri petrokimia perlu mengkaji secara teliti hala tuju dan tindakan industri untuk masa depannya.

“Kita berada dalam kitaran perniagaan dan marjin (keuntungan) yang bergantung kepada kuasa pasaran. Dengan unjuran pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik, kita menjangkakan persaingan menjadi semakin sengit.

“Pengembangan petrokimia yang disokong syal Amerika Syarikat (AS) dan projek petrokimia bersepadu dari India, China dan Asia Barat akan mendorong bekalan olefin dan derivatif ke rantau ini,” katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Industri Petrokimia Asia Ke-39 (APIC 2018), semalam.

Memetik laporan Berita Harian, Wan Zulkiflee berkata, kapasiti etilena dunia dijangka berkembang tujuh juta tan setahun (mtpa), justeru memberikan tekanan terhadap unjuran marjin.

Beliau berkata, PETRONAS menjangka harganya susut daripada AS$550 (RM2,254) satu tan tahun depan kepada kira-kira AS$350 (RM1,435) satu tan menjelang 2025.

“Untuk itu, industri ini secara agresif mengejar pertumbuhan terutama dalam bahan kimia khusus bagi mendapat manfaat daripada penyebaran produk yang tinggi berbanding bahan kimia komoditi,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.