ad
NASIONAL

ABIM kecam Israel lulus undang-undang, buruk keadaan di Palestin

24 Jul 2018, 11:15 PM
ABIM kecam Israel lulus undang-undang, buruk keadaan di Palestin

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 25 JUL: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam tindakan Israel meluluskan Rang Undang-Undang Tanah Israel (Jewish Nations State Bills) yang disifatkan akan memburukkan pergolakan di Palestin.

Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, ABIM melihat rang undang-undang diluluskan menerusi badan perundangan negara itu, Knesset, pada minggu lalu, akan digunakan untuk menjustifikasikan segala tindakan rejim haram berkenaan.

"Ini memandangkan ia antara lain mengistiyharkan Baitul Muqaddis sebagai ibu negara baharu Israel di sebalik pelbagai bantahan daripada masyarakat antarabangsa.

"ABIM juga menilai rang undang-undang itu mengatakan Israel secara eksklusif adalah sebuah negara Yahudi, jelas sekali bertentangan dengan norma kemanusiaan sejagat yang meraikan kepelbagaian secara harmoni," katanya dalam kenyataan.

Atas dasar itu, beliau berkata, ABIM menilai dasar terbaharu bakal diamalkan Israel adalah sebagai jenayah untuk kemanusiaan.

"Maka ABIM menggesa rakyat Malaysia berbilang bangsa untuk menyuarakan bantahan bersama masyarakat antarabangsa," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.