BERITA UTAMA

Kerajaan Negeri sumbang RM40,000 buat mendiang ADN Balakong

24 Jul 2018, 3:22 AM
Kerajaan Negeri sumbang RM40,000 buat mendiang ADN Balakong
Kerajaan Negeri sumbang RM40,000 buat mendiang ADN Balakong

OLEH ERMIZI MUHAMAD

CHERAS, 24 JULAI: Sejumlah RM40,000 disalurkan Kerajaan Negeri kepada keluarga mendiang Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong, Ng Tien Chee yang meninggal dunia, pada 20 Julai lalu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, inisiatif itu diberikan atas dasar komitmen pentadbiran negeri menghargai sumbangan wakil rakyat berkenaan.

“Sumbangan ini selaras peraturan Kerajaan Negeri untuk membenarkan mana-mana ADN yang meninggal dunia menerima bantuan kewangan berkenaan.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, kita sedia menilai keperluan penambahan bantuan mengikut kesesuaian persekitaran semasa,” katanya pada sidang media di Xiao En Centre.

Terdahulu, Amirudin hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tien Chee, semalam.

Hadir sama, EXCO Kerajaan Negeri, Ng Sze Han dan Hee Loy Sian; ADN Bukit Lanjan; Elizabeth Wong dan ADN Morib, Hasnul Baharuddin.

Turut hadir Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan pimpinan akar umbi DAP.

Tien Chee atau Eddie Ng, 40, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 12, Lebuhraya Cheras- Kajang.

Kenderaan mangsa dipercayai dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kajang.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.