SELANGOR

MB mula lawatan kerja DUN Sungai Kandis

20 Jul 2018, 2:35 AM
MB mula lawatan kerja DUN Sungai Kandis
MB mula lawatan kerja DUN Sungai Kandis
MB mula lawatan kerja DUN Sungai Kandis

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 20 JUL: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari memulakan lawatan kerjanya di DUN Sungai Kandis dengan bersarapan pagi, di Warung Roti Canai Ijai di Kampung Teluk Menegon, di sini.

Beliau tiba seawal jam 9 pagi turut diiringi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Dato' Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Dato' Nor Azmie Diron.

Beliau disambut kira-kira 40 penduduk setempat yang tidak sabar untuk menjamu selera sambil berbual mesra bersama pemimpin negeri itu.

Rata-rata pengunjung kelihatan begitu teruja kerana tidak menyangka menerima kunjungan beliau.

Selepas hampir sejam, beliau bergerak menuju ke lokasi seterusnya bagi program penyerahan bantuan Inisiatif Peduli Rakyat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.