SELANGOR

Pesakit saraf disantuni, LZS hulur bantuan ringan beban

13 Jul 2018, 3:34 AM
Pesakit saraf disantuni, LZS hulur bantuan ringan beban

KLANG, 13 JUL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni pesakit saraf, Mohd Rafi Jamaludin di kediamannya, baru-baru ini.

Dalam satu perkongsian di laman facebook, LZS memaklumkan Rafi yang hanya mampu terlantar ketika diziarahi menanggung empat anak kecil yang masih bersekolah.

Atas kesempitan itu, isterinya terpaksa mencari pendapatan menampung keluarga.

"Dugaan penyakit amat hebat. LZS mempertimbangkan bantuan perubatan termasuk lampin, katil pesakit dan tilam angin.

"Bantuan kewangan dan makanan bulanan turut dipertimbangkan bagi meringankan dugaan mereka," kata LZS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.