BERITA UTAMA

MB cadang buka Pusat Warga Emas DUN Sungai Tua

1 Jul 2018, 10:30 AM
MB cadang buka Pusat Warga Emas DUN Sungai Tua
MB cadang buka Pusat Warga Emas DUN Sungai Tua

OLEH SHEEDA FATHIL

GOMBAK, 1 JUL: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari bercadang membuka Pusat Warga Emas DUN Sungai Tua, bagi manfaat golongan itu, di sini.

Beliau mengumumkan perkara itu pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, di Dewan JKKK Kampung Nakhoda, di sini, hari ini.

Katanya, Pusat Warga Emas DUN Sungai Tua itu sedang dalam proses perancangan mencari tapak bersesuaian untuk dibina.

"Kemungkinan dalam tahun pusat itu akan mula dibina.

"Ia bukan seperti rumah orang tua, namun di sini kita akan penuhi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk mengisi masa lapang," katanya.

Amirudin berkata, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan di pusat warga emas itu antaranya kelas agama, senaman dan rawatan khas seminggu sekali dengan kehadiran beberapa doktor pakar.

Katanya, pusat itu juga turut terbuka kepada penduduk di Parlimen Gombak khususnya untuk mengembangkan aktiviti kemasyarakatan warga emas.

"Seperti kita sedia maklum, Kerajaan Negeri komited mengadakan pelbagai inisiatif bermula dari bayi baru lahir sehingga warga emas," katanya.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.