NASIONAL

PLKN Kumpulan 3 Siri 15/2018 ditangguhkan

29 Jun 2018, 8:13 AM
PLKN Kumpulan 3 Siri 15/2018 ditangguhkan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 JUN: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengumumkan penangguhan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 3 Siri 15/2018 sehingga pemakluman terbaru mengenainya dikeluarkan.

Dalam satu kenyataan, pihaknya memaklumkan penangguhan itu dilakukan buat masa sekarang kerana jumlah pengambilan pelatih PLKN bagi 2018 melebihi sasaran ditetapkan iaitu 20,022 orang.

"Semua pelatih Kumpulan 3 Siri 15/2018 menerima Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) pada tarikh ditetapkan sebelum ini tidak perlu menghadirkan diri ke PLKN," katanya.

JLKN turut memberitahu pihaknya tidak akan mengeluarkan surat pemakluman mengenai penagguhan bagi NPP kali ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.