BERITA UTAMA

MB : Fokus ekonomi rakyat, kekal keharmonian negeri

20 Jun 2018, 7:46 AM
MB : Fokus ekonomi rakyat, kekal keharmonian negeri
MB : Fokus ekonomi rakyat, kekal keharmonian negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 20 JUN: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari komited merancakkan lagi agenda pembangunan berkebajikan rakyat Selangor, di bawah legasi pentadbirannya.

Beliau berkata, ia termasuklah gerak kerja berterusan memastikan masyarakat negeri itu dapat menikmati sumber kekayaan Selangor secara adil dan berkesan.

"Pentadbiran negeri akan memberi keutamaan terhadap keperluan perumahan rakyat, perkhidmatan kesihatan bersepadu dan sistem pengangkutan berkesan.

"Selain itu, tumpuan saya turut terarah kepada aspek kelestarian alam sekitar dan peluang pekerjaan berkualiti.

"Pentadbiran Kerajaan Negeri konsisten mengambil langkah memastikan matlamat ini dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penerimaan tugas Dato' Menteri Besar Selangor yang disiarkan secara langsung di media rasmi milik Kerajaan Negeri, TV Selangor, pagi ini.

Pada masa sama, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri bertekad mengekalkan kestabilan dan keharmonian kaum di negeri itu.

Beliau berkata, keperluan itu selaras dengan dasar kesederahaan, keadilan dan keharmonian yang dipegang utuh pentadbiran negeri sebelumnya.

"Semangat rakyat yang sentiasa menjujung kedaulatan undang-undang, demokrasi berpalimen dan peranan institusi Raja-Raja berjaya mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara dan negeri ini.

"Justeru, semangat perpaduan dan muhibah ini perlu terus disemarakkan dalam kalangan rakyat Selangor," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.