SELANGOR

FMM Selangor ucap tahniah pelantikan MB baharu

20 Jun 2018, 7:09 AM
FMM Selangor ucap tahniah pelantikan MB baharu

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 20 JUN: Persekutuan Pembuatan Malaysia (FMM) merakamkan ucapan tahniah kepada Amirudin Shari atas pelantikannya Dato’ Menteri Besar Selangor baharu.

Pengerusi FMM Selangor, Jacob Lee Chor Kok dan warga kerjanya menzahirkan rasa bangga serta mengucapkan tahniah atas pelantikan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor ke-16.

"FFM Selangor yakin dengan rekod cemerlang Amirudin sebagai salah seorang Ahli Dewan Negeri, ekonomi negeri ini mampu mencapi tahap lebih tinggi dan memberi manfaat kepada rakyat.

"Kami mengharapkan kerjasama berterusan dapat dilaksanakan antara industri dan Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Dato' Menteri Besar baharu," katanya dalam kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.