EKONOMI

Ringgit diniaga 3.9870/9920 berbanding dolar AS

12 Jun 2018, 2:14 AM
Ringgit diniaga 3.9870/9920 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 12 JUN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kedua berturut-turut tetapi mata wang tempatan itu dijangka mencatat peningkatan daripada keadaan risiko serantau yang positif susulan sidang kemuncak AS-Korea Utara hari ini.

Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes bagaimanapun menegaskan dengan mesyuarat Rizab Persekutuan AS dan Bank Pusat Eropah yang akan datang, peningkatan dijangka terhad.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada 3.9870/9920 daripada 3.9860/9900 dicatatkan semasa ditutup semalam.

Unit tempatan diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang pagi ini.

Ia naik berbanding pound British kepada 5.3226/3309 daripada 5.3281/3342 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6150/6205 daripada 3.6223/6263 pada Isnin.

Berbanding dolar Singapura, ringgit meningkat kepada 2.9807/9856 daripada 2.9855/9897 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.6835/6906 daripada 4.6987/7054 dicatatkan sebelum ini.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.