NASIONAL

Kerajaan umum 10 Menteri di kementerian utama esok

11 Mei 2018, 5:30 AM
Kerajaan umum 10 Menteri di kementerian utama esok
Kerajaan umum 10 Menteri di kementerian utama esok

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Kerajaan akan membentuk 10 kementerian utama dan akan mengumumkan nama 10 menteri yang dilantik, esok.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kabinet terbabit bukanlah kabinet penuh tetapi sebaliknya hanya merupakan kabinet kecil.

"Pada ketika ini kami akan bentuk kabinet kecil bukan kami kabinet penuh.

"Kami tidak mahu kabinet yang besar tetapi beberapa kementerian perlu diisi segera," katanya pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini.

Kementerian terbabit adalah:

Kementerian Kewangan

Kementerian Dalam Negeri

Kementerian Pertahanan

Kementerian Pendidikan

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Kementerian Ekonomi

Kementerian Kerja Raja

Kementerian Pengangkutan

Kementerian Teknologi, Sains dan Multimedia

Kementerian Luar Negeri

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.