NASIONAL

#TunM jadi carian tertinggi di twitter

10 Mei 2018, 7:48 AM
#TunM jadi carian tertinggi di twitter

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 10 MEI: #TunM menjadi carian tertinggi di laman twitter dengan mendapat 277,000 tweet sejak malam tadi lagi.

Tinjauan SelangorKini mendapati rakyat Malaysia tidak putus-putus menyampaikan ucapan tahniah kepada Pengerusi PAKATAN itu selepas menang mengejut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semalam.

Pengguna twitter yang dikenali sebagai 'Yan' berkata, dia meminta maaf kerana menyusahkan Tun Mahathir Mohamed pada waktu usianya berusia 93 tahun.

"Pada waktu usia sebegitu, Tun M sepatutnya duduk sahaja di rumah serta berehat dengan keluarga, tetapi Tun M tidak mahu sebegitu. Beliau meletakkan rakyat Malaysia sebagai keutamaannya, kami lebih sayangkan Tun M," tulisnya.

Sementara itu Aiman dalam twitternya pula meluahkan rasa sedih kerana Tun M terpaksa berkorban pada waktu usianya semata-mata melawan pemimpin bebal.

"Saya berharap supaya Tun dirahmati kehidupannya," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.