BERITA UTAMA

Tun M: Harap dapat angkat sumpah sebelum 5 petang

10 Mei 2018, 5:24 AM
Tun M: Harap dapat angkat sumpah sebelum 5 petang

NASIONAL 10 MEI: Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, terdapat keperluan mendesak untuk Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berkenan melantiknya sebagai ketua eksekutif.

Tun Mahathir berkata anggota-anggota parlimen HARAPAN sudah menandatangani pengisytiharan untuk menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Beliau berharap dapat mengangkat sumpah sebelum jam 5 petang ini.

“Sekarang tiada kerajaan... kerajaan sementara sudah tiada sejak malam tadi,” katanya.

Memetik Perlembagaan Persekutuan, Tun Mahathir berkata Agong harus melantik seorang anggota parlimen yang mendapat sokongan majoriti dewan sebagai perdana menteri.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.