NASIONAL

Terus keluar mengundi segera

9 Mei 2018, 7:16 AM

OLEH NADIAH ZAMLUS

HAH ALAM, 9 MEI: BERSIH 2.0 meluahkan rasa kesal setelah menerima banyak aduan mengenai kesesakan lokasi mengundi sejak pagi tadi.

Koordinator BERSIH melalui kenyataannya berkata, ia berlaku dipercayai akibat pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak sistematik.

Justeru itu SPR digesa untuk memanjangkan masa bagi membolehkan semua pengundi dapat menjalankan tanggungjawab.

"BERSIH mahu SPR benarkan orang ramai mengundi walaupun sudah melepasi jam 5 petang, dan SPR tidak boleh sama sekali menafikan hak pengundi untuk membuang undi.

"Kami juga menyeru semua rakyat Malaysia yang belum membuang undi untuk keluar segera, jangan tunggu sehingga jam 5 petang. Tolong pastikan anda memasuki perkarangan pusat mengundi sebelum jam 5 petang dan jangan beredar dari kawasan tersebut selagi anda tidak mengundi," katanya.

Mengikut Seksyen 4(d) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, pegawai SPR dianggap melakukan kesalahan undang-undang jika menafikan hak pengundi.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.