NASIONAL

Tun M sah calon Parlimen Langkawi

16 Apr 2018, 2:03 AM
Tun M sah calon Parlimen Langkawi

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 16 APR: Pengerusi Pakatan Harapan (PAKATAN), Tun Dr Mahathir Mohamad sah bertanding di kerusi Parlimen (P004) Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Hal itu diumumkan sendiri oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Jelajah Pakatan Harapan Langkawi yang berlangsung di Padang Mat Sirat malam tadi.

"Orang Langkawi sedar, Tun Dr Mahathir adalah penjana kepada pulau yang dahulunya pernah lesu," kata Wan Azizah semasa mengumumkan calon PAKATAN.

Sebelum ini, kali terakhir mantan Perdana Menteri itu bertanding pilihan raya ialah pada Pilihan Raya Umum ke-10 tahun 1999.

Manakala, Wan Azizah turut mengumumkan anak Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz, dipilih sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra dan calon Parlimen Jerlun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.