GLOBAL

Rusia hantar awal sistem pertahanan peluru berpandu S-400 ke Turki

4 Apr 2018, 7:20 AM
Rusia hantar awal sistem pertahanan peluru berpandu S-400 ke Turki

ANKARA 4 APR: Presiden Vladimir Putin berkata Rusia dan Turki mencapai kata sepakat untuk mempercepat penghantaran sistem pertahanan peluru berpandu S-400 ke Turki, lapor agensi berita China Xinhua.

Hubungan antara Turki dan Rusia kini berkembang "setapak demi setapak," katanya dalam sidang akhbar bersama rakan sejawat dari Turki, Recep Tayyip Erdogan, pada Selasa di Ankara.

Erdogan berkata pelaburan dalam loji tenaga nuklear pertama Turki yang sedang dibina oleh Perbadanan Tenaga Atom Rusia (Rosatom) di Akkuyu dalam wilayah selatan Mersin, bakal melebihi US$20 bilion.

Mesyuarat Majlis Kerjasama Peringkat Tinggi Turki-Rusia pada Selasa, yang dihadiri kedua-dua presiden dan beberapa menteri, turut membincangkan usaha-usaha bagi mempertingkat hubungan dua hala.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.