NASIONAL

Laporan syor persempadanan kawasan pilihan raya dibentang 28 Mac

22 Mac 2018, 4:30 AM
Laporan syor persempadanan kawasan pilihan raya dibentang 28 Mac

KUALA LUMPUR 22 MAC: Laporan kajian semula syor persempadanan kawasan pilihan raya akan dibentang di Dewan Rakyat Rabu ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum memulakan sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri hari ini berkata laporan mengenai kajian semula itu telah diedarkan kepada anggota Parlimen hari ini.

"Saya ingin mengingatkan bahawa kesemua dokumen tersebut tidak boleh disiarkan, embargo sehingga dibentangkan pada Rabu, 28 Mac 2018," katanya.

SUMBER: BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.