NASIONAL

Anwar dibenarkan kembali ke Hospital Rehabilitasi

6 Mac 2018, 1:30 AM
Anwar dibenarkan kembali ke Hospital Rehabilitasi

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 6 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Hospital Rehabilitasi di Cheras untuk pemantauan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kuala Lumpur pagi semalam.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil dalam kenyataan berkata, KEADILAN telah dimaklumkan bahawa keadaan Anwar semakin pulih.

"Doktor-doktor juga mengesahkan beliau dibenarkan keluar dari CCU HKL, setelah beliau dimasukkan akibat kadar denyutan jantung rendah.

"Anwar kini kembali ke Hospital Rehabilitasi di Cheras untuk terus dipantau doktor serta meneruskan fisioterapi untuk membaikpulih bahu kanan beliau.

"KEADILAN mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawat dan menjaga kesihatan Anwar di HKL serta kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kesihatan buatnya," katanya.

Anwar dibawa ke HKL setelah didapati mengalami reaksi negatif terhadap suntikan steroid di kawasan sekitar bahu kanan beliau.

Suntikan diterima Sabtu lalu turut mengakibatkan kadar denyutan jantung beliau rendah dan membimbangkan.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.