NASIONAL

Tiada rakyat Malaysia terjejas kemalangan kereta api

2 Mac 2018, 9:31 AM
Tiada rakyat Malaysia terjejas kemalangan kereta api

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 2 MAC: Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam kemalangan kereta api yang berlaku di Beheira, Mesir, hari ini.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Kedutaan Malaysia, di Kaherah menerusi talian +20237610013, +2012 00276388 atau menerusi e-mel di mwcairo@kln.gov.my.

Berdasarkan laporan media, kereta api penumpang itu bertembung dengan kereta api barangan berhampiran stesen Kom Hamada di utara Beheira Governorate yang terletak hampir 164km dari Kaherah, pada Rabu.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 15 terkorban dan 40 lagi dilaporkan cedera dalam perlanggaran itu.

Memetik laporan Bernama, Wisma Putra merakamkan takziah yang mendalam kepada kesemua keluarga mangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.