SELANGOR

LZS salur RM1.4 juta bantu pelajar asnaf IPT

16 Feb 2018, 8:15 AM
LZS salur RM1.4 juta bantu pelajar asnaf IPT
LZS salur RM1.4 juta bantu pelajar asnaf IPT

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 16 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan lebih RM1.4 juta kepada pelajar asnaf fakir dan miskin melalui program Bantuan Wang Saku Tambahan Program Kasihku.

LZS berkata, ia merupakan wang zakat agihan semula syarikat korporat terlibat dalam program Kasihku Zakat Selangor yang prihatin dengan keperluan pelajar asnaf di IPT.

"Seramai 4,748 pelajar asnaf yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerima insentif itu bagi meringankan beban.

"Mereka akan menerima bantuan sebanyak RM300 dan telahpun dikreditkan ke akaun pelajar bermula pada awal Januari lalu," katanya dalam kenyataan.

Program ‘Kasihku Zakat Selangor’ adalah ruang kepada pengeluar zakat terutama dalam kalangan syarikat korporat menyantuni penerima zakat di Selangor yang semakin meningkat.

Wang zakat itu disalurkan berdasarkan empat pakej utama iaitu bantuan pendidikan, bantuan modal, bantuan perubatan dan bantuan sosial.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.