NASIONAL

320 mangsa banjir dipindahkan di Kuching

4 Feb 2018, 4:00 AM
320 mangsa banjir dipindahkan di Kuching

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KUCHING, 4 FEB: Sebanyak lima pusat pemindahan di buka menempatkan seramai 320 mangsa daripada 68 keluarga setakat jam 8 pagi ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kesemua penduduk terjejas melibatkan tiga daerah iaitu Kuching, Samarahan dan Serian.

"Antara kawasan yang terjejas di Kuching ada Kampung Sungai Batu, Kampung Buntal Lot dan Kampung Sungai Laru.

"Tiga pusat pemindahan sementara di buka menempatkan, seramai 281 mangsa daripada 58 keluarga iaitu Surau Ar Rahman Kampung Sungai Batu, Masjid Darul Mustaqin Kampung Buntal dan SMK Tabuan Jaya," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata di Samarahan pula, terdapat satu pusat pemindahan menempatkan 23 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di Dewan Pembangunan Sebuyau.

Manakala di Serian, sebanyak 16 mangsa daripada lima keluarga kini berada di Dewan Betong Kenawit, Kampung Betong Kenawit.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.