ad
NASIONAL

Polis panggil pengendali laman sesawang bantu siasatan data bocor

24 Jan 2018, 5:43 AM
Polis panggil pengendali laman sesawang bantu siasatan data bocor
Polis panggil pengendali laman sesawang bantu siasatan data bocor

SHAH ALAM, 24 JAN: Pengendali sebuah laman sesawang akan dipanggil bagi membantu siasatan kebocoran data peribadi lebih 220,000 penderma organ di negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata, laman sesawang sama turut mendedahkan kebocoran data 56 juta pelanggan telefon mudah alih pada tahun lalu hasil siasatan yang dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

“Yang hairannya, isu sama (pembocoran data peribadi) yang berlaku sebelum ini adalah daripada laman lowyat.net juga. Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini.

“Polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi kes terdahulu," katanya lapor MalaysiaKini, hari ini.

Pada 23 Januari lalu, media melaporkan forum lowyat.net mendedahkan senarai lebih 220,000 pendaftar dengan hospital kerajaan dan pusat pemindahan organ yang dipercayai dicuri, pada September 2016.

Portal forum itu mendakwa, data berkenaan dipercayai dicuri dari hospital kerajaan dan Pusat Sumber Transplan Nasional.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.