KUALA LUMPUR, 16 FEB: Hospital swasta sedia bekerjasama dengan kerajaan untuk menjayakan program imunisasi Covid-19 kepada orang ramai dalam usaha mempercepatkan proses berkenaan.
PUTRAJAYA, 16 FEB: Ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan menjadi antara penerima vaksin Covid-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
GEORGE TOWN, 15 FEB: Orang ramai, khususnya umat Islam dinasihatkan agar mengetepikan perasaan ragu terhadap vaksin Covid-19 dan berpegang pada pandangan Muzakarah Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang memutuskan hukumnya harus dan halal digunakan oleh orang Islam.
KUALA LUMPUR, 14 FEB: Vaksin Covid-19 yang diperoleh Malaysia adalah selamat dan berkesan serta tidak mengandungi mikrocip untuk mengambil alih pemikiran, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
PUTRAJAYA, 14 FEB: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bersetuju mengguna pakai resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada 3 Disember lepas yang mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan yang ditetapkan kerajaan.
KULAI, 13 FEB: Sebanyak 126,000 orang dijangka mampu diberikan suntikan vaksin Covid-19 dalam sehari di lokasi vaksinasi di seluruh negara bermula akhir bulan ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
SEREMBAN, 12 FEB: Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, akan membincangkan mengenai garis panduan pengambilan vaksin bagi umat Islam ketika bulan Ramadan nanti.
KUALA LUMPUR, 11 FEB: Warga emas berusia 60 tahun ke atas diperlukan sebagai sukarelawan bagi menyertai kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid-19.
KUALA LUMPUR, 11 FEB: Kerajaan bersetuju Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang akan bermula penghujung bulan ini akan turut membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia.
KUALA LUMPUR, 9 FEB: Peluang untuk menjadi sukarelawan dalam kajian klinikal fasa 3 Vaksin Covid-19 masih terbuka, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
KUALA LUMPUR, 3 FEB: Keberkesanan vaksin keluaran Pfizer terhadap varian baharu Covid-19 yang dikesan beberapa negara belum lagi diketahui, tetapi ancaman varian baharu itu boleh diatasi menerusi kaedah baharu Messenger RNA (mRNA) yang digunakan dalam penghasilan vaksin.
SHAH ALAM, 3 FEB: Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) memberi jaminan vaksin Covid-19, CoronaVac keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac), yang akan diterima rakyat negara ini adalah selamat, berkesan dan halal.
SHAH ALAM, 2 FEB: Pakatan Harapan (PAKATAN) menggesa kesatuan eropah (EU) menghormati hak negara membangun untuk mendapatkan akses kepada vaksin Covid-19.
SHAH ALAM, 2 FEB: Rancangan pemberian vaksin Selangor membantu kerajaan persekutuan mempercepat proses suntikan untuk meningkatkan imuniti rakyat.
KUALA LUMPUR, 31 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan pihaknya mengeluarkan surat kebenaran pengedaran vaksin seperti artikel bertajuk 'Mestron edar vaksin Covid-19 dari China' bertarikh 29 Jan lepas.
SUNGAI PETANI, 30 JAN: Seramai 62 sukarelawan menjadi kumpulan pertama di negara ini yang menerima suntikan bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) hari ini.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Top Glove Corporation Bhd komited untuk memberikan vaksin kepada semua kakitangannya, termasuk pekerja asing, sebaik sahaja vaksin Covid-19 diperoleh.
SHAH ALAM, 29 JAN: Pakatan Harapan (PAKATAN) menubuhkan Pasukan Petugas Imunisasi bagi membantu kerajaan meyakinkan segelintir masyarakat antivaksin.
KUALA LUMPUR, 28 JAN: Gabungan Kesihatan Malaysia menggesa kerajaan untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap vaksin Covid-19, tatkala kurang sebulan proses rancangan pemvaksinan akan dijalankan di seluruh negara.
PUTRAJAYA, 27 JAN: Kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid-19 dimulakan hari ini di sembilan hospital dengan melibatkan 3,000 sukarelawan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.